Semua orang tahu ada pelbagai jenis bentuk mata, jadi setiap orang mempunyai bentuk mata yang berbeza. Disebabkan inilah anda kena tahu solekan mata yang sesuai untuk anda dan ianya sangat penting untuk anda mengenakan solekan yang betul. Solekan adalah sesuatu yang membolehkan bentuk mata seseorang itu berubah sama ada sesuai ataupun tidak dengan mata anda. Sekiranya anda tahu teknik yang betul, ianya boleh menghasilkan mata yang lebih besar dan cantik untuk mata anda. Tetapi, sekiranya anda tersilap langkah, solekan itu tadi boleh menutup mata anda dan membuatkan ianya tidak menarik perhatian.
Sebagai seorang perempuan kita kebiasaannya cenderung untuk mengenakan solekan mata tanpa memerhatikan bentuk mata kita. Sedangkan sekiranya anda menggunakan solekan yang sesuai dengan bentuk mata anda, ianya boleh membuatkan mata anda nampak lebih segar dan bersinar. Sama ada mata anda berbentuk bulat, sipit, turun atau naik, jangan lupa untuk suaikan solekan mata yang diaplikasikan agar anda nampak lebih menawan. Anda masih belum mengetahui solekan mana yang sesuai dengan bentuk mata anda? Jadi,artikel hari ini merupakan perkongsian tips dan teknik solekan mata yang tepat dan sesuai dengan mata anda. Bagi anda yang tidak ada asas dalam solekan, tidak tahu solekan mata apa yang sesuai untuk jenis bentuk mata anda, pelajarilah solekan smokey eyes. Smokey eyes ini sesuai untuk ke semua jenis bentuk mata.
Bentuk Mata Sipit Atau Monolid Eyes
Majoriti mata wanita Asia adalah berbentuk monolid ataupun sipit. Bentuk mata monolid ini memiliki lipatan mata yang kecil sampai tidak terlihat sehingga ianya membuat kesan sipit dan kecil pada mata. Bagi pemilik mata monolid, solekan mata yang sesuai adalah dengan menggunakan eyeliner yang cukup tebal dan full eyeshadow sehingga menampakkan efek mata anda kelihatan lebih besar.
Smokey eyes adalah yang terbaik bagi bentuk mata jenis ini. Mulakan dengan menggariskan keseluruhan mata menggunakan eyeliner kegemaran anda. Kemudian, gunakan berus pensil untuk blend ianya dengan cantik. Untuk menyerlahkannya lagi, tambahkan eyeshadow shimmery di bahagian tengah mata.
Bentuk Mata Berkantung Atau Hooded Eyes
Hooded eyes atau mata berkantung ini merupakan bentuk mata yang nampak seperti mengantuk atau terkesan lebih galak. Solekan yang tepat untuk bentuk mata ini adalah solekan yang memberikan mata lebih terbuka dan terangkat. Penggunaan eyeshadow berwarna lebih muda di bahagian kelopak mata kemudian eyeshadow yang lebih gelap di bahagian lipatan mata sampai mendekati tulang alis. Elakkan daripada menggunakan eyeshadow dengan shimmering.
Seterusnya, gunakan eyeliner hitam untuk membentukkan cat eye atau wing. Tambahkan sedikit eyeliner putih di bahagian garis bulu mata bawah agar mata anda nampak lebih terbuka. Untuk penampilan harian, gunakan eyeliner mengikut garis mata. Penggunaan smokey eyes yang lembut juga sesuai untuk bentuk mata ini. Gunakan eyeshadow matte untuk melengkapkan solekan mata anda.
Bentuk Mata Turun Atau Downturned Eyes
Jenis mata ini memiliki sudut mata luar yang sedikit menurun sehingga ia memberikan kesan droopy eyes. Bentuk mata ini juga memberikan kesan sedih dan mata sayu. Jadi, solekan mata tidak boleh sembarangan. Untuk menampakkan mata sayu anda ini kelihatan seksi, gunakan pearly eyeshadow yang difokuskan pada bahagian kelopak dan memberikan sedikit sapuan eyeshadow pada bahagian bawah tulang alis.
Anda juga boleh mencuba untuk aplikasikan eyeshadow dengan warna yang lebih terang ke seluruh area kelopak mata. Kemudian, sapukan eyeshadow yang lebih gelap dari bahagian tengah kelopak mata hingga hujung luar mata. Seterusnya baurkan sedikit agar nampak lebih natural. Shimmering eyeshadow boleh dan sesuai digunakan untuk majlis di malam hari.
Untuk jenis mata ini, eyeliner cat eye juga menjadi pilihan yang tepat tetapi kenakan eyeliner hanya dari bahagian tengah sehingga hujung mata sahaja. Semasa anda mengaplikasikan maskara, sikat bulu mata luar ke bahagian atas dan ke arah temple. Ini akan membantu membuka mata anda. Kemudian, selesaikan dengan satu set bulu mata palsu untuk menaikkan lagi mata anda.

Bentuk Mata Bulat Atau Round Eyes
Bentuk mata bulat atau round eyes ini memiliki bentuk mata yang lebih besar jika dibandingkan dengan mata yang lain. Jenis mata ini tidak terlalu memerlukan solekan mata yang berat untuk kelihatan segar. Malah hanya perlu bermain dengan bulu mata agar nampak lebih besar.
Untuk nampak lebih menawan, kenakan eyeshadow warna terang di sudut dalam mata dan tepat di bawah tulang alis. Kemudian baurkan eyeshadow yang lebih gelap di sepanjang kelopak mata. Seterusnya, gunakan warna yang lebih gelap lagi dan pulaskan dari luar mata ke bahagian tengah mata untuk mendapatkan kesan bayangan supaya kelopak mata nampak lebih menonjol. Aplikasikan eyeliner wing pada mata anda. Tetapi, elakkan membuat garisan yang terlalu tebal di bahagian tengah.
Bentuk Mata Menyudut Atau Upturned Eyes
Bentuk mata ini merupakan kebalikan dari bentuk mata turun atau downturned. Dengan bahagian hujung luar yang lebih tinggi dari bahagian dalamnya, ini adalah style solekan yang anda patut cuba. Oleskan eyeshadow anda dengan warna yang cukup gelap di seluruh kelopak mata anda lalu tambahkan warna yang lebih gelap dari hujung luar mata ke bahagian tengah mata. Pulaskan eyeshadow berwarna gelap di bahagian bawah hujung luar mata untuk memberikan kesan mata nampak lebih profesional.
Kemudian, aplikasikan eyeliner di bahagian bawah hujung luar mata secara tipis. Untuk penampilan yang lebih menarik, anda boleh menambahkan shimmer gelap dibahagian hujung mata. Anda juga boleh menambahkan eyeliner dari bahagian bawah mata tengah untuk menampakkan simetri mata anda.
Bentuk Mata Almond Atau Almond Eyes
Bentuk mata ini merupakan bentuk mata yang paling common dimiliki oleh wanita. Jenis mata ini memiliki bentuk mata yang seakan-akan kacang almond di mana bahagian sudut mata luarnya sedikit melengkung ke atas. Ianya hampir mirip seperti upturned eyes.
Penggunaan eyeshadow berwarna terang dapat membantu memberikan ilusi untuk mata anda dengan membuatkannya menjadi lebih cerah. Warna mid tone dapat membantu menajamkan bentuk mata anda. Anda boleh menggunakan eyeliner untuk menekankan bentuk mata anda. Aplikasikan eyeliner pada bahagian tengah atas bulu mata ke arah luar. Pastikan anda menyapukannya semakin tebal ke arah luar hujung mata. Jika anda ingin nampakkan mata anda lebih bulat, jangan gunakan eyeliner pada bahagian hujung mata. Jika anda ingin mata anda nampak lebih besar, gunakan eyeliner hanya pada bahagian atas mata.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
sumber: seri wanita